Sunday, February 12, 2017

- Alhamdulillah -

- Alhamdulillah. Betul..kenangan itu ibarat dakwat yang sudah kering. Kita tidak mampu memadamnya. Ia akan kekal di situ. Selamanya. 
Selesai sudah memadamkan wordpress. Selesai juga mengedit segala yang terdapat di dalam blog ini. 

Hari berlalu. 
Dalam masa yang terbiar itu, hati jua tetap begitu. Dugaan Tuhan. Segala cuba ku jauhi. Aku manusia yang gagal menghadapi situasi. Dari seseorang yang sensetif..aku menjadi seorang yang hyper-sensetif..semenjak pemergian ibu tersayang.

Sejujurnya...aku tidak boleh bercinta lagi. Kematangan sudah tidak ada dalam diri. Segalanya sudah berubah.

In sha Allah. Menerima takdirNya dengan sebaik mungkin.

Sunday, April 24, 2016

-KeMBaLi- Genap setahun.



Pehhhh genap setahun blog ni tak berusik. Nampak gaya kena balik ke sini setelah WP buat hal tak boleh nak upload video dari Youtube.

Ubah suai sikit layout. 

So welcome back to myself.

Monday, March 9, 2015

- Hobi -

Kerja petang semalam. Berkebun hobi aku. Cadangnya masa terdekat ni nak buat kebun sayur insyaAllah.

Aloe vera ni memang aku tanam tapi tak terjaga. Semalam aku amik serumpun tanam berasingan nak tengok macam mana saiznya kelak.

Sayonara.


Wednesday, January 21, 2015

2015

Dan masuk lebih dari separuh 2015. Baru berkesempatan menaip di sini.
Benar.
Dihujung tahun 2014 bawa ke minggu pertama 2015. Hidup amat sibuk.
Hari ini. Kira bolehlah bernafas sikit. Alhamdulillah.
- minggu terakhir 2014 -
Berdasarkan sepanjang tahun 2014, panas yang berpanjangan. Apa yang berlaku dipenghujung 2014 bukanlah sesuatu yang diluar jangkaan. Tetapi...jangkaan itu tidaklah terfikir seteruk ini. Apa yang berlaku adalah kecik sedikit dari yang berlaku pada tahun 71@72. Tapi bagi aku sama. Sebab titik kawasan terlibat lebih meluas tidak tertumpu setempat. Kalau tiada pembangunan dan pedalaman air sungai aktiviti mengambil pasir...apa yang berlaku baru-baru ini adalah sama dengan apa yang berlaku dulu.
Sepanjang minggu yang sukar. 
2015
Seperti mana 75, 85, 95, 05 dan kini 15. Penanda aras setiap dekad usia ku. Menuju ke angka 40. Berlapang dada dan semestinya aku mahu jadi lebih baik. Sebaik yang mungkin.
Satu kisah yang akan berterusan. Dalam menghadapi erti sebuah kehidupan. Namun....

Tuesday, December 9, 2014

- aKu BeRSeDia uNTuK - bersendiri



Katanya

Dia tiada masalah dengan x ( berapa banyak x aku tak pasti ) nya dulu.

Kata aku;

Kalau tiada masalah tidak berlakulah perpisahan

Jawabnya;

Kerana dia jumpa yang lebih baik.

Balas ku;

Itu mementingkan diri sendiri, kalau dia tak baik jadi tanggungjawab kamu membimbingnya menjadi lebih baik bukan meninggalkannya.

Tamat.

Aku termenung.

Adakah bermakna....jika dia ketemu yang lebih baik dari aku maka aku akan ditinggalkan sepertimana dia meninggalkan x nya?

Jangan.

Jangan sesekali menyalahkan aku dengan apa yang aku fikirkan. Kerana ia semua datang dari lidahmu sendiri.

Monday, December 8, 2014

- MaSa uTk BeRSaNTai - Menonton DVD

Last DVD aku layan,  Three Kingdoms. Tu pun sampai ke hari ini tak habis-habis tengok. Muntah nak menghabiskan 24 keping DVD. Last-last tergantung macam tu je.

Payah. Aku payah nak membeli DVD. Kecuali cerita yang betul-betul aku minat.
Masa berjalan-jalan ke Pulau Pinang, gi Batu Ferrenghi. Jumpa DVD ni. Memang aku dok cari season 1 dan 2 sekaligus.

Walau dah tengok kat AXN. Keknya, hati tetap berdebar , takut, ngeri segala bila tengok adegan adegan dalam cerita ni. 

Best!