Tuesday, December 9, 2014
- aKu BeRSeDia uNTuK - bersendiri
Monday, December 8, 2014
- MaSa uTk BeRSaNTai - Menonton DVD
Friday, December 5, 2014
- WoW!!! LoVe iT -
Tuesday, December 2, 2014
- DiSeMBeR - Masa MeManJaKan DiRi
- SeGaLa TeNTanG NoVemBeR - bhg 3
Monday, December 1, 2014
- SeGaLa TeNTanG NoVemBeR -
Friday, November 7, 2014
- EpiLog: berpijak pada bumi
Manusia, mudah hilang siumannya. Dalam berpada membuat sesuatu. Dalam berpada membina sesuatu. Kekadang, menunding jari bukan penyelesaiannya.
10 tahun lebih dahulu melalui ranjau. Adakala, kita kena akur. Garam yang dimakan sama masinnya. Namun yang perlu tahu siapa dulu pernah merasa.
Kita hidup dengan hukum dan batasan. Kita ada tunjang dan petunjuk. Jangan kerana, kita sudah rasa cukup baik. Kita lupa ada yang lebih baik. Mana pergi segala buku bacaan. Segala panduan. Jangan kerana sebarisan amal kita lupa guru disanjung dulu jauh lebih dari itu.
......
Aku.
Pernah menangis. Menangis dan menangis. Jadi aku tahu erti sedih. Simpati dan kesian. Namun segalanya sudah berlalu. Airmata sudah kering. Dugaan hanyalah secebis dari kehidupan.
Nasihatku.
Hidup harus diteruskan. Kesilapan lalu jangan diulang. Yang berlalu biarkan saja berlalu. Yang lepas biarkan saja lepas. Masa tidakkan kembali. Hidup lebih baik pada masa depan. Berjanji pada diri sendiri. Menjadi yang lebih baik, jika tidak pada yang lain...memadai pada diri sendiri.
Salam muhibbah. Salam kasih sayang.
Thursday, June 19, 2014
- aYaM SaBuNg Oo aYaM SaBuNg -
Asalnya, aku jatuh hati kat ayam sabung ni masa abang aku tengah aktif main ayam. Aku masih ingat lagi. Dia letak sekor ayam sabung warna putih kat rumah. Memang lawa betul. Lengkap. Putih satu set. Tegap. Tapi aku pelik juga. Masa dia main ayam dulu tak ada pulak induk dia letak kat rumah. Tapi ayam dia bersilih ganti. Kat mana dia dapatpun aku tak tahu.
Jadi, masa aku main ayam dulu. Aku main bodoh je. Aku tak tahupun perihal sisik. Warna. Permainan. Atau apa saja yang berkaitan dengan ayam.
Walau aku tahu abang aku banyak ilmu tentang ayam. Tapi aku segan nak tanya dia. Sampai sekarangpun aku tak pernah berbual pasal ayam sabung.
Sekarang? Aku masih kurang ilmu juga pasal ayam. Aku belajar sikit-sikit jer dari kenalan yang aku kenal melalui laman siber. Tapi...kebanyakannya memang kedekut ilmu.
Secara amnya. Apa jua, baka yang baik memainkan peranan. Peratusan kebaikan satu satu baka itu banyak dipengaruhi oleh induk betina. Sebab tu, amat sukar penternak ayam sabung melepaskan induk betina malahan mereka sanggup sembelih daripada baka tersebut jatuh ke tangan orang lain.
Aku kira. Pada awal tahun 2000 dulu tak seramai mana yang aktif di alam siber. Tapi sejak dua menjak ni...aku tengok bersepah-sepah.
Yang aku nak sentuh pasal mentaliti individu.
Pertama.
Meletakkan harga ayam yang tidak logik.
Ada sesetengah pemain dan penternak yang aku kira memang meletakkan harga pada nilai yang betul.
Sebab, harga ayam mengikut kategori tertentu. Antara pengelasannya:
1. Ayam kategori umur 1-3 bulan
2. Ayam sedang jaras 4-6 bulan
3. Ayam yang sedang dicuci.
4. Ayam yang sudah ada rekod ( masih aktif )
5. Ayam yang ada rekod ( bersara dr arena )
Aku tak ambil kira ayam import.
Jadi sekarang berdasarkan pengelasan di atas. Walau negara kita tidak ada satu badan yang menjaga dan menetapkan garis panduan harga.
Sedia maklum. Ayam yang baik peratusannya datang dari ibu. Tapi aku pelik juga ada orang yang meletakkan harga atas nama penjantan yang dah menang berbelas kali. Jadi aku terkejut ada yang jual yabgbsedang jaras dengan harga melebihi RM500 dan ke atas. Keyakinan apakah dia? Nak kata sebab harga makanan mahal. Sah ko bela secara banyak dan beli makanan ayam secara pukal. Bukan ko gi ulang alik ke kedai sekali sehari beli sekilo dedak selama sebulan. Tu orang bodoh namanya.
Jadi kewajaran itu tiada dan mengambil untung yang melampau.
Tak kiralah bapak ko import ke menang lapan belas ratus kali ke...bagi aku tidak wajar. Pastu alasan sebab ibu ayam tu ko beli ribu riban...adakah ibu ko tu sekali bertelur dan bertelur sebiji je tiap kali musim bertelur sampai ko nak letak harga yang melampau.
Aku bukan komen sebab aku tak mampu beli. Malahan aku tak teringinpun nak beli ayam. Cuma aku kesal hobi dan warisan temurun ini sudah menjadi bisnes yang melampau. Jadi, kelangsungan warisan yang dulunya percuma menjadi satu bisnes manusia manusia yang tamak dan mengambil kesempatan.
2. Statement bangang.
Ada juga dikalangan blogger ayam sabung ni bermukadimah kami bukan penjudi ayam dan kami tidak sesekali bertanggungjawab atas apa jua penyabungan dan perjudian ayam. Kami hanya menternak ayam baka baik dan bermutu. Dari penjantan-penjantan yang dah menang 7 ribu kali. Kononnya.
Dah namapun ayam sabung. Sah sah lah yang sanggup bergolok bergadai membeli ayam baka baik terdiri dari kaki judi. Kaki judi je yang sanggup. Tengoklah kaki judi nombor ekor. Sampai papa kedana sebab ketagih membeli nombor.
Jadi mana kewajaran mukadimah ko tu? Kalau ko anggap membela ayam tu hobi. Tak payah war-war la ko bela ayam baka menang 3 juta kali bagai. Pastu siap jual anak anaknya. Agak agak ko sapa yang beli jika ko dah war- war kan ayam ko sekian sekian. Dan apa tujuan ko jual ayam dengan menwar-war kan baka tersebut? Pastu jual dengan harga nelampau-lampau. Macamlah dia beli pembaka utama tu berjuta harganya. Bapak ayam yang bersara dari arena boleh menurunkan beratus ratus baka lagi. Kalau ko bukan penjudi tapi sekadar penternak dan hobi membela ayam bersepah je ayam sabung yang lawa dan tak ada rekod berlaga ko nak bela. Pastu ko nak kongsi minat ko dengan orang lain perlu ke ko nak jual dengan harga yang tak logik? Cakap jer la yang ko memang bisnes minded dan mengambil kesempatan.
Jadi.
Dalam dunia ayam sabung bersepah manusia yang mengambil kesempatan. Sama ada dari segi bisnes mahupun menikam belakang kawan sendiri. Penipuan. Mengambil kesempatan.
Sebenarnya sebaik mana pun ayam tapi dapat ke tangan orang yang salah dan tukang cuci yang tidak mahir. Ayam tu tidak akan ke mana juga.
Aku tidak pernah serik dalam dunia ayam. Sebab niat aku memang nak berkawan dan membela ayam tu hobi aku dari kecik. Ada kawan yang boleh dibuat kawan tapi ada kawan yang memang jenis mengambil kesempatan. Jadi mana yang boleh dibuat kawan aku kawan. Mana yang tak boleh better aku jauhkan diri. Ada kawan ke tak ada kawan ke aku tetap dengan hobi aku. Andai kata ada someone datang rumah berkenan dengan ayam aku. Nak ambik. Ambiklah. Nak bayar atau tidak terpulang. Sebab aku bukan mencari keuntungan apa yang aku lakukan adalah hobi dan kelangsungan warisan keturunan aku.
Sebab aku pernah je ditawarkan oleh orang tua diceruk kampung dalam negeri Terengganu untuk megambil baka asal Terengganu. Aku cakap biarlah warisan ni berada dengan pokcik. Sebab aku tak layak memegang baka yang baik. Sebab tanggungjawab menjaga amanah orang itu berat sebenarnya.
Apa jua aku selalu memikirkan bilakah baka asal Terengganu menjadi satu baka yang tersohor sebagaimana tersohornya paka Pama, Aseel, Vietnam dan juga Siam?
Takkan berlaku. Sebab kat Malaysia ni dengki mendengki, khianat mengkhianati serta mengambil kesempatan adalah budaya kita. Tiada perkongsian dan kerjasama.
Monday, May 26, 2014
- DaSaR -
Tapi. Aku betul-betul tak faham....

Andai sekadar kau nak resit pastu buang better jerla kau check balance kau kat skrin mesin je.
Ni bangsa-bangsa ni kalau ada kempen kesedaran alam sekitar, aku yakin sangat muka dia orang la yang firstnya.
Tapi hakikatnya?
*agak agaknya bangsa dan agama apa manusia paling ramai guna Bank Islam?
Thursday, May 8, 2014
- JiKa HiDuP Ku SeBuAh LuKiSaN -
Jika hidupku hanya lukisan
Hitam tercoret ingin ku padam
Agar bersih kanvas hidupku
Dari segala kepahitan silam.
Andai hidupku hanyalah lukisan
Biar ku coret keseluruhan ruangnya
Dengan warna kesukaanku
Bila ku tatap kemudian hari
Bibir tersenyum mengingat segala memori.
Namun hidupku bukan lukisan
Yang bisa ku atur susun warnanya
Yang mampu ku bina indah strukturnya
Mengikut kehendak diriku sendiri.
Kerana.
Hidup ku lukisan kebenaran
Dari Dia yang Maha Hak
Ke atas aku hambaNya yang hina
Ku terima segala warna pemberianNya
Sebagai lambang pahit dan manis hidupku
Untuk diriku dan diri kalian
Mengamati lebih dan kurangku
Sebagai tanda kebesaranNya.
by ZaMj 8 Mei 2014 ( 8.30pm )
Wednesday, May 7, 2014
- aKu YaNg DuLu -
Aku yang dulu, sembunyi segala rasa.Aku yang dulu, berdepan situasi walau bagaimana cara.Aku yang dulu, sentiasa senyum dibalik kesedihan.Aku yang dulu, hilang bicara untuk bersuara.Aku yang dulu, memendam rasa.Aku yang dulu, sentiasa menipu. Mengelak diri dari dibenci.Aku yang dulu, sering diherdik sering dibabi.Aku yang dulu, hilang harga diri hilang keyakinan diri.Kerana aku menyintai orang yang SALAH.






























































