Monday, May 26, 2014

- DaSaR -

Setahu akulah. Latest sistem mesin ATM mana-mana bank sekarang ni bagi pilihan buat kita. Sama ada nak resit atau tidak.

Tapi. Aku betul-betul tak faham....




Andai sekadar kau nak resit pastu buang better jerla kau check balance kau kat skrin mesin je.

Ni bangsa-bangsa ni kalau ada kempen kesedaran alam sekitar, aku yakin sangat muka dia orang la yang firstnya.

Tapi hakikatnya?

*agak agaknya bangsa dan agama apa manusia paling ramai guna Bank Islam?

Thursday, May 8, 2014

- JiKa HiDuP Ku SeBuAh LuKiSaN -


Jika hidupku hanya lukisan
Hitam tercoret ingin ku padam
Agar bersih kanvas hidupku
Dari segala kepahitan silam.

Andai hidupku hanyalah lukisan
Biar ku coret keseluruhan ruangnya
Dengan warna kesukaanku
Bila ku tatap kemudian hari
Bibir tersenyum mengingat segala memori.

Namun hidupku bukan lukisan
Yang bisa ku atur susun warnanya
Yang mampu ku bina indah strukturnya
Mengikut kehendak diriku sendiri.

Kerana.

Hidup ku lukisan kebenaran
Dari Dia yang Maha Hak
Ke atas aku hambaNya yang hina
Ku terima segala warna pemberianNya
Sebagai lambang pahit dan manis hidupku
Untuk diriku dan diri kalian
Mengamati lebih dan kurangku
Sebagai tanda kebesaranNya.

by ZaMj 8 Mei 2014 ( 8.30pm )


Wednesday, May 7, 2014

- aKu YaNg DuLu -

Aku yang dulu, sembunyi segala rasa.
Aku yang dulu, berdepan situasi walau bagaimana cara.
Aku yang dulu, sentiasa senyum dibalik kesedihan.
Aku yang dulu, hilang bicara untuk bersuara. 
Aku yang dulu, memendam rasa. 
Aku yang dulu, sentiasa menipu. Mengelak diri dari dibenci.
Aku yang dulu, sering diherdik sering dibabi.
Aku yang dulu, hilang harga diri hilang keyakinan diri.
Kerana aku menyintai orang yang SALAH.

Aku yang sekarang.