Buka tutup. On Off. Flip Flop.
Last-last aku fikir. Untuk apa?
Sedangkan 5-10 tahun yang lalupun begitu sukar nak jumpa insan. Adakah aku fikir zaman sekarang lagi mudah nak jumpa?
Jadi aku fikir. Berhenti.
Tumpukan pada diri sendiri dan membina haluan sendiri.
Kekadang aku fikir dikala usia begini aku sudah stabil dari segala segi.
Aku silap.
Handak atau tidak aku harus menerima seadanya.
Inilah ketetapanNya. Menjalani kehidupan sendiri.
Bila aku fikirkan, aku rasa diusia sekarang aku sudah aman duduk di rumah sendiri.
Tak perlu lagi menyewa. Dengan keadaan yang carca marba. Tidak terurus.
Insya Allah, aku cuba mintak tukar ke Kuantan. Duduk di rumah sendiri dan bina kehidupan baru.
Banyak benda dalam hidup yang ingin aku lakukan.
Sedangkan aku tahu...masa yang berlalu...terbuang begitu sahaja.
