Saturday, March 29, 2014

- CeRiTa SePaNjAnG CuTi - 22 MaC hingga 30 MaC


" Bukan mung kata, mung tak ke mana sampai Jun ni? "

Soal Ina.

:-D

Apa alasan aku?

.

.

.

.


.



.



.


.


.



.


.


.



.




Hantar kasut...

Hehehehehehehehe...bukan sepasang, kalau sepasang aku leh pos je...3 pasang ditambah aku sengaja nak keluar dari kebosanan. Jadi terlepas juga rindu aku pada keindahan pantai dan makanan kat Terengganu.

Cuma silapnya, sepanjang memandu hati aku kian lara sebenarnya. 

Aku cuba untuk tidak memikirkan. Dan aku ingin melupakan.

Tapi, aku tidak boleh mendesak diri aku. Bila aku mendesak.
Segala akan bertukar lain. Aku tak mahu timbul dendam tidak mahu juga hilang keikhlasan.

Jadi aku layankan saja kesedihan ini.

Sedalam - dalamnya.

Sampai satu masa aku tahu segalanya akan hilang dengan sendiri.

Sebab,

Dunia ini semuanya sementara.




Tak singgah, hanya mengamati dari dalam kereta sewaktu perjalanan balik. Lawanya pantai dan laut negeri Terengganu.

Banyak benda aku beli, kerpok lekor, budu, belacan, jeruk mempelam, dan air nira. Puas hati sangat ;-)

Kesudahannya? 

Penat tak berkesudahan, sampai rumah rasa nak pengsan. Tidur, tidur dan tidur. Hari ini baru stabil sikit.


Insya Allah.

Selain tu,

Masa kat Johor

4.15am sampai stesen bas Temerloh.
Masa dah sampai Pahang. Ada dua ekor. Yang sekor lagi warna kelabu. Harap berjaya mendapat baka.

Tamat riwayat Asadi, dah beli barupun jenama Asadi juga. Warna biru, beli kat Mydin semasa OTW nak ke Terengganu.

Dah selamat hantar barang-barang ni kat bengkel kereta ayahnya.

- Suasana Pekan Sehari Chenor -

Selanjur cuti ni, aku teman mak gi pekan sehari. Biasanya aku lepak kat kereta je, malas nak menjelajah. Tapi, kali ni aku ikut emak. Sebab, kereta aku park dekat dengan peraih ayam, buatnya ada ayam sabung mahu ketar kepala aku nak membeli lagi. Baik aku pergi jauh-jauh dari godaan ayam. ;-)


segala jenis ikan sungai...ada.

segala mak nenek sayur kampung..ada.

ayam itik...ada.

segala jenis orang..ada. hehehehehehehe

 
segala jenis kuih...ada.
Kuih kegemaran aku, tu yg bersegi empat warna coklat gelap. Kole kacang namanya. Yum Yum.
3 jenis kuih yang berlapik daun pisang tu kuih tradisi orang chenor. Badak kubang, pena ( kak anis panggil kuih bintang ) dan dodol kukus ( kuih kegemaran Kak Mah ).

segala jenis biskut..pun ada.

Macam balik ke era 80an, masa aku kecik-kecik gi kedai Awang Juling, menda macam ni lah tersusun dalam kedai dia. Ada balik semula menda ni. Tapi aku tak belipun. Sebab, mana ada simbol halal Jakim. Isk.


Time cuti sekolah ni, bukan aku sorang yang bosan. Ni mamat ni baru umur 9 tahun. Tapi dah tahu bosan. :-)



Abis kredit aku melayan anak sedara sorang ni.

Last cuci muka dengan herbaline. ( Maybe last forever kat sini )

Tak pastila sebab cuci muka kat herbaline atau sebab aku pakai Olay Total Effect ( mmg effect btol )
menyebabkan jerawat besar dari 2-3 ketul kat muka. Memang sejarah aku memakai Olay ni akan naik jerawat. Jadi aku rasa memang tu la puncanya. Dan amat wajar aku campak je ke dalam tong sampah.

Kat hidungpun naik. Nak picit memang tak lepas. Nak tak nak gi la mana - mana salon kat Mentakab.

( besarnya hidung )
Malas aku nak cukur bagai. Lantaklah. Tapi kali ni memang sakit betul jerawat aku kena picit. Rasa nak meraung. 

26 Mac aku bawak Abg Wie, Teh dan anak beranak ke Kuantan. Urusan imigresen dan juga Pjbt Pendaftaran Negara.





No comments:

Post a Comment