Wednesday, May 30, 2012

PeNYeSaLaN

Tak tergambar penyesalan aku, kalau aku tahu ini semua akan berlaku tidaklah aku melakukan ini semua. Kalau aku tahu kakaknya buat hari terbuka pada raya ke5 tu tidaklah aku perlu turun ke sana, kalaulah aku tahu mak sedaranya wat kenduri raya ke7 tu tidakla juga aku akan minta dia datang ke Chenor. Menyesal juga aku kerana pergi amik Kak Anis di Melaka, kalau ku tahu baik aku tidak perlu turun ke sana memadai aku terus ke Melaka ajer. Tidaklah aku sangka setiap pergerakkan kenderaan itu ada caj-nya kalau ku tahu tidaklah aku meminta pertolongannya. Kalau ku tahu aku akan terhutang budi dan wang ringgit tidaklah jua aku mengharap bantuannya. Bukan aku tidak berterima kasih bukan jua tidak bersyukur jika ia benar datang dari keihklasan telah ku katakan hanya Dia yang mampu membalas jasa baiknya.
Malu memang betul-betul malu jika orang wat aku begini, dan malu itu bertambah-tambah masa aku pergi kuarkan duit TH. Rasa nak pakai topeng pon yer.....sebab aku ni bukan jenis menyimpan duit aku hanya menyimpan duit bila ada tunggakan gaji atau bonus sahaja. Bermakna setahun sekali. Tapi nak tak nak pergila juga mengadap penjaga kaunter tu dan kuarkan duit. Dan aku masih berhutang lagi RM1000. Insya Allah aku akan bayar bulan-bulan. 
Mungkin cinta aku pada Allah S.W.T dan Muhammad S.A.W rendah sangat kadarnya berbanding orang-orang yang saban tahun berumrah berhaji. Yang sanggup bersusah payah mengumpul duit untuk ke sana. Mungkin juga kaki yg tak pernah melangkah ke Tanah Suci ni selangkah sudah ke neraka. Tapi aku tak sanggup menjadi manusia yang kikir, mementingkan diri dan sombong hanya semata untuk menunaikan perkara yang sunnah. Malahan haji yang wajib itupun ada kurungan pada mereka yang berkemampuan. Aku tak mahu bercakap perihal itu, tapi ada yang sampai lupa pada keperluan, mana wajib mana sunat, mana kehendak tapi tak mengapalah nanti 'terkilan' pula 'mama dan papa' serta 'anak-anaknya' jika tak dapat pergi bersama kelak. Aku hanya lihat kadar kemampuan dan yer akan ada orang yg cakap tu SK11 ribu riban boleh plak....kan. TAPI aku tidak pernah menjadi manusia yang kikir semata-mata nak beli pencuci muka. Perlu ke editkan segala perbelanjaan?
Kini pesanan ku pada sesapa yang nak datang ke rumah aku, kalau boleh sms dulu kat aku, bagi ayat yang power2 skit, contoh " Nuar, aku rindu sangat kat ko, aku cadang sabtu ni nak g rumah ko, tak sabar-sabar aku nak jumpa ko, tapi.......aku tak ada duit nak beli minyak keta" Takpe...nanti aku akan reply sila beri no akaun bank anda dan aku akan masukkan duit untuk ko melepaskan rindu ko tu yer Zarul Haslil. Tapi sebelum ko bergerak kalau leh ko g singgah mana-mana bengkel dulu dan check bunga tayar kereta ko, pastu kalau ko malas nak ke bengkel dah pasni ko beli je alat pengukur kehausan tayar kereta ko nanti senang balik dari rumah aku ko leh ukur kehausan tayar bunga kereta ko, jangan risau aku akan ganti rugi setiap inci pergerakkan tayar kereta ko tu. Selain tu ko boleh claim apa-apa juga kerosakkan walau pon pada hakikatnya kereta ko tu rosak sebelum ko datang ke rumah aku lagi. Andai kata aku tak dapat membantu ko sepenuhnya....ko tak payah risau ko boleh je diamkan diri, mcm ibaratkan perhubungan kita sebagai kawan dah sampai kemuncaknya sampai ko dah tak ada apa dah nak borak ngan aku atau pon berlagak sombong dgn aku. Aku yang akan sedar diri ni akan pandai-pandailah cari duit untuk membayar ganti rugi ko tu. Cuma ganti rugi budi tu aku minta maaflah, nak gadai body aku ni hah belum tentu ko sudikan Zarul Haslil? Ke ko nak?
 *mati*

# aku boleh je hidup dengan orang yang sanggup bersusah payah bersama tak kiralah miskin atau kaya tapi aku tak mampu hidup dengan orang yang sombong, menyalahkan orang lain dan sanggup mementingkan diri sendiri dengan sifat kedekut sampai tahap macam tu sekali. Persepsi betul atau salah terpulang yg nyata ko lebih sanggup tengok aku mengeluarkan simpanan aku dari ko keluarkan simpanan ko, sebab apa? Umrah? Well Done.

http://aziziabdullah.blogspot.com/2006/04/ibadah-umrah-membazir.html

Baca dan faham.......bila mati kelak Allah tak tanya brapa banyak kali ko pergi umrah atau haji. Tapi setahu aku yg naif ni.....solat 5 waktu tu lah yg akan ditanya dulu. Manusia mudah sgt memberatkan sesuatu yg tak sepatutnya......masih banyak lagi yang perlu dilaksanakan dalam kehidupan ini. Tapi nak wat cam mana, mama and papa already.

Namun apa jua petikan ini yang paling bermakna buat pemahaman aku selama ini, aku nak huraikan tak reti tapi mujur ada petikan ni ;

Petikan 1:


Sebenarnya golongan ini, jauh terkeliru antara sunat dan tuntutan, tanggungjawab sesamat umat. Golongan ini berpegang dengan melakukan sunat individu lebih penting dari tuntutan sejagat.

Petikan 2 :

Sungguh malang, umat Islam berbelanja disebalik nama ibadah tetapi isinya ialah membazir, kedekut, bakhil. Semua ini kerana kejahilan nilai dan kekeringan ajaran IHSAN. Ajaran amal soleh tidak pernah ditafsir secara falsafah, ia hanyalah merupakan perwujudan prestasi seseorang atau individu.

IHSAN tu aku yg bold kan sebab aku nak ko org semua tahu erti sebuah keihsanan. Apa maksud ihsan dalam sebuah kehidupan ni. Jangan hanya mementingkan diri sendiri tanpa belas dan memperdulikan orang lain lebih-lebih lagi org yg kita sayangi.

Dan yg paling bermakna dalam petikan tersebut ialah :



Surah Al-Baqarah ayat 177, melalui tafsirnya diberi tajuk: Pokok Kebajikan, berbunyi: Bukanlah termasuk golongan kebajikan yang mengadap muka ke arah timur dan barat, tetapi yang termasuk golongan kebajikan ialah beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi, memberikan bantuan harta yang disayangi kepada kaum kerabat,anak-anak yatim,orang-orang miskin, orang-orang yang terlantar dalam perjalanan, peminta-peminta dan memerdekakan hamba, mengerjakan solat, menukaikan zakat, menepati janji, sabar menderita terutama ketika perang. Itulah orang-orang yang benar keimanannya dan itu pulalah orang-orang yang taqwa


Semoga aku sentiasa dibukakan pintu hati dan minda dalam mentafsir perjalanan hidup ini. Wassalam.

No comments:

Post a Comment