Tuesday, December 2, 2014

- SeGaLa TeNTanG NoVemBeR - bhg 3

Sukan.

Sukan, sukan dan sukan.

Aku rasa berderet sebulan aku buat aktiviti berjemur. Kulit memang semakin legam.

Minggu latihan. Bawak budak-budak Pendidikan Khas ke padang.




Sekadar bawak. Tak dapat nak wat aktivitipun sebab padang penuh dengan budak arus perdana.
Aku, memikul dua tugasan. Budak Pendidikan Khas pun yer, melatih budak arus perdana pun yer.

16hb November.

Hari kejohanan.
Aku, bawak tepon Sony jer. Yang lain semua aku off. Nombor rasmi je aku bawak. Lagipon aku yakin aku tak ada masa nak menelek tepon. Dengan sibuknya, dengan peluhnya. Jadi better bawak satu tepon, tak rimas.

Sebelum lebam. ;-)
3 tahun aku kat sini, tahun ni baju sukan paling comel aku rasa. Cun.
Cantikkan contact lense coklat cair. Hahahahahahaaha.

Teman tapi tak mesra. Mujur ada Akmal. Meneman aku, kebetulan lutut aku tak berapa sihat lagi masa ni. Jadi ada juga pembantu masa dok angkut air dan juga kerusi. 

Murid-murid PK mendapat hadiah.

Mujur jenis penyimpan rahsia. Bertubi - tubi kena soal pasal Ayah War nya. Jawapan dia mudah. Entah. Tak tau. Hehehehehehehe tak sia sia aku didik.

Bosan menguasai diri.

TAHNIAH! Kami berjaya merampas kembali Johan keseluruhan pada tahun ini.

Balik rumah sewa.



Kan. Kena gi buat rawatan kaki ni :-D

Mandi dan solat. Gerak balik ke Chenor.

Penat sangat. Kul 9pm lebih baru buka handset. Itupun bateri belum penuh sepenuhnya.

Jawapan untuk yang hati bersih putih bab kapas.

Manusia yang merasakan dirinya tidak tercela dari segala dosa, adalah manusia yang paling sombong di muka bumi Allah ini. Aku tidakkan lupa segala fitnah segala tohmahan. Aku tidak menuntut keadilan di dunia yang fana ini. Aku menuntut di sana kelak.






No comments:

Post a Comment