November, bulan terakhir persekolahan. Jadi memang sibuk. Termasuk aktiviti sukan tahunan.
Tahun ni, tahun kedua aku jadi ketua rumah sukan. Tahun lepas rumah biru naib johan keseluruhan. Tahun ni johan. Oklah tu. Bukan sebab akupon. Sebab murid dan juga komitmen guru-guru lain. Sebab aku memang tak cakna langsung tahun ni. Sibuk dengan RMT lagi. Pastu terlibat dengan perkhemahan pengakap kat Putrajaya lagi.
Minggu pertama November, aku bawak Mak dan Kak Nah ke Melaka setelah tertunda beberapa kali. Ziarah Kak Mah balik dari Mekah. Kak Mah kalau dah sampai ke rumah dia, mesti nak bawak jalan-jalan. Kebetulan Kak Nah ada, lagilah dia nak bawak berjalan.
Sabtu 1 November kami berjalan ke rumah Abg Mie dulu kat Port Dickson. Sampaipun dah nak senja.
Kami pergi dua buah kereta. Aku naik kereta Asif jer. Lepak, berbual hal - hal lama. Kebetulan pulak bola. Dah nak dekat kul 9 baru gerak balik. Perut lapar jangan cakaplah. Tuan rumah pulak memang tak sediakan 'pakej makan malam'. Tahan je la lapar.
Tak sabar dah nak gerak balik, kebulur!
Pergi berenam, balik ke Masjid Tanah bertujuh. Amirul nak ikut balik kampung. Dalam perjalanan Kak Mah telefon tanya aku nak makan mana. Aku apalagi. Dah tentulah sate kajang dan mee bandung yang sedap tu.
Orang lain dok order nasi, aku TETAP nak order mee bandung. Sedap.
Sate dia memang besar dan berjus. Sekarang, aku lebih suka makan sate daging dari sate ayam. Dulu masa kecik - kecik aku suka sate ayam. Terbaik sate kat sini.
Anak melayu+jawa = jadi jepun.
Kalau ikutkan esoknya aku balik. Mujur ada member whatasp bagi tahu Isnin cuti sebab Pahang menang Piala Malaysia. Yes!
Hari Ahad 2 November, Kak Mah ajak jalan-jalan Melaka. Kalau ikut perancangan aku nak pergi asing. Kak Mah pergi dengan Mak dan Kak Nah manakala aku pergi dengan Kak Anis dan Tirah. Kak Mah cakap pergi sekali jer la senang. Aku pulak nak pergi facial sebab muka aku dah kusam sikit. Sikit je. ;-)
Pergi sekali, dah plan. Aku pergi facial. Kak Mah bawak Mak, Kak Nah dan Mirul pergi Rivers Cruise. Manakala Kak Anis dan Atirah berkeliaran di Mahkota Parade. Hantar Kak Mah, Mak dan Kak Nah ke Bandar Hilir dulu. Diaorang akan naik beca pergi ke Mahkota Parade. Aku, Kak Anis dan Tirah cari tempat parking kat Mahkota Parade. Oleh kerana aku tak pernah pergi facial kat area Mahkota Parade terpaksalah survey kat maps mall. Jumpa, Kak Anis jadi perantara tukang tanya untuk aku. Ada. Tapi aku tak ingat nama dan produk apa. Aku amik botanical facial RM150.
Sementara aku facial, dua beradik tu pergi ke kedai buku dan juga merayap di Mahkota Parade. Bolehlah facial kat situ. Urutan tetap aku rindukan sentuhan Herbaline yang terbaik.
Dalam 10 minit aku nak siap, diaorang dah siap order makan kat CRS. Aku celik mata, bayar terus pergi makan. Hebat.
My Lovely Nur Anisah Abd Manan
Si Tembam dengan lovely Mother.
Mujur ada Amirul, leh tolong ambilkan gambar 3 beranak ni naik Rivers Cruise. Cuma gambar naik beca jer tak ada.














No comments:
Post a Comment