Tuesday, December 2, 2014

- DiSeMBeR - Masa MeManJaKan DiRi

Secara rasminya aku mula cuti 25hb November.

Kesan berjemur masa sukan. Kalau ikutkan masa sukan tu tak panas sangat. Tapi kesan sunburn kat kulit aku memang deep sangat. Itu baru part leher. Kat muka yang terdedah 100% memang lagi teruk. Berjalur V leher aku. Menyesal pun yer sebab aku tak pakai sunblock. Fikir hari mendung takkan sunburn. Rupanya lagi teruk dari tahun lepas.

Dah sunburn tu satu hal. Bolehkan pulak kali ni seminggu dua pun masih kekal gelap+merah muka. Biasanya dalam seminggu aku leh re-cover dah kesan sunburn. Tapi yang ni punya kesan memang teruk. Sampai ke hari aku menulis ni pun masih belum pulih sepenuhnya. Malu aih!

Macam-macam cara aku buat. Sapu losyen aloe vera. Tak jalan, sapu gel vitamin E tak moh juga. Yang aku perasan kat dahi paling teruk pastu macam ada jerawat kecik-kecik di bawah lapisan kulit. Memang teruk.

Last bubuh bedak sejuk. Bagi sejuk sikit muka ni.

Jadi sekarang dah duduk kat dok kat rumah sepenuh masa. Masa untuk merawat.

360 dah tak jalan. Apa kata aku guna 3003 plak. Kot boleh licin mulus kulit aku.

From Italy. Pencuci, toner, serum dan night cream.
Semua boleh didapati di;


Terbaik. Buih lembut dan halus. Walau untuk kulit berminyak. Ia tidak menyebabkan muka aku jadi ketat dan menegang selepas mencuci muka. Tak macam jenama Clarins yang aku sebelum ni. Rasa tegang muka pas cuci muka.

Fungsinya, mencuci pori secara mendalam. Paling utama ia mengimbangi kelembapan kulit. Bermakna, pencuci muka ini tidak membuatkan kulit aku rasa ketat dan tegang pas cuci.

Langkah kedua. Toner. Just ok. Masih Clinique dan SK11 punya toner yang terbaik aku guna.

Paling penting remove blackhead. Insya Allah.

Oleh kerana kulit aku teruk kena sunburn, jadi aku gunakan serum ni untuk membaikpulih semula kulit aku. Kandungan utamanya Yeast sebagai pemangkin metabolisme kulit. Mentimun untuk menyejukkan kulit. Betik bertidak sebagai enzim. Dan kandungan vitamin C untuk mencerahkan kulit. Terbaik!

Ni pun dalam range Vitamin C. Pelembab ni memang terbaiklah, sebab tak berminyak langsung sapu kat muka.

Serum dan pelembab ni aku pakai malam je. Insya Allah seminggu dua elok semula la kulit.

Pada masa yang sama aku minum juga kolagen. Nak mempercepatkan proses pembaikpulihkan kulit aku ni.

Cukup untuk 3 minggu je 3 bekas ni.

Ayat aku, produk clarins pun baik. Tapi 3003 lagi baik. Jadi ayat aku akan jadi macam ni.

Kalau aku kata 3003 berganda berganda lebih baik dari clarins.

Soalan aku, adakah clarins tidak baik?

Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha. Jadi berfikirlah sebelum membuat sesuatu kesimpulan.









No comments:

Post a Comment