Yer, aku memang peminatnya. Sentiasa menanti kehadirannya. Sebelum ni, dah bermacam series keluar. Tak menangkap mata aku sangat. Tapi yang kali ni...memang superb.
Walau aku akui. Q5 yang aku guna sekarang bukanlah yang terbaik darinya. Memang ada banyak masalah. Tak boleh setting e mail. Fungsi kamera yang terhad dan gambar kurang menyerlah. Aplikasi terhad. Sehingga ke hari ni aplikasi kamera 360 masih belum ada.
Namun.
Disebalik kelemahan itu terdapat pelbagai kelebihan. Dari segi kelancaran. Keypad yang terbaik. Dan aku suka rekabentuknya.
Baru-baru ni, RIM telah melancarkan produk barunya. Kesinambungan dari keluar Q. Setelah Q5 dan Q10 kini akan tiba pasaran Q20.
Yang terbaik fungsi butang BELT dikembalikan. Itu yang aku teruja. Skrin lebih besar dan yang penting rekabentuknya memang terbaik. Aku tak sempat kaji lagi dari segi spesifikasi dan yang lain-lain. Tapi aku yakin. Apa saja dari RIM tidak pernah menghampakan.
Tetapi alangkah bagusnya.....kalau BIS dikembalikan. Kerana itulah trademark BlackBerry yang tidak ada pada jenama lain.


No comments:
Post a Comment